Bintang ternama Kareena Kapoor Khan memberitahu bahawa dia bersikap selektif dalam pemilihan filem dan hanya akan memilih filem yang benar-benar menghiburkan para penonton.
Menurut isteri kepada aktor Saif Ali Khan itu, filem-filem yang berpotensi untuk meraih kutipan pecah panggung sentiasa menjadi keutamaan kepadanya.
"Filem-filem berpotensi pecah panggung banyak menentukan pilihan saya. Saya selalu ingin berlakon dalam filem-filem yang menghiburkan.
"Tak kira sama ada ia menyentuh emosi atau menyampaikan mesej dan tujuan sekalipun, tetapi ia haruslah menghiburkan. Saya ingin para penonton 'melekat' bermula pada babak pertama filem," jelasnya yang dipetik dari Times of India.
Ujar bintang filem "Good Newwz" itu lagi, biarpun sudah lama menapak dalam industri perfileman, namun dia tidak berminat untuk terlibat dengan mana-mana filem yang bertemakan drama dokumentari.
"Saya tidak berminat untuk membintangi drama dokumentari. Jika saya minat, sudah lama saya lakukannya.
"Saya akan terus cuba untuk mengimbangi hiburan dengan segala elemen yang ditampilkan dalam filem pada masa kini. Ianya penting bagi saya," tambahnya lagi.
Tahun ini menandakan dua dekad Kareena Kapoor bergelar seorang bintang dalam industri perfileman Bollywood, di mana dia membuat debut menerusi filem arahan J. P. Dutta, "Refugee" (2000).
Beralih ke perkembangan baru, Kareena kini terlibat dengan penggambaran filem "Laal Singh Chaddha" yang turut menampilkan aktor terkenal Aamir Khan selaku pelakon dan penerbit.
Selain itu, Kareena juga akan terlibat dengan penggambaran filem aksi sejarah "Takht" arahan Karan Johar bersama pelakon-pelakon lain seperti Ranveer Singh, Anil Kapoor dan Alia Bhatt.
(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Vogue India)
Public Anonymous User
Wed May 13 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.