Aktor Kartik Aaryan akhirnya membuka mulut apabila disoal ciri-ciri wanita idamannya dan memberitahu dia ingin mencari calon isteri seperti bintang terkenal Deepika Padukone.
Seperti yang diketahui umum, Kartik sentiasa menunjukkan minatnya terhadap Deepika dan mengagumi sikapnya yang terbuka untuk menyerlahkan perasaan sayang terhadap suami dan aktor Ranveer Singh.
"Saya mahu seseorang seperti Deepika Padukone. Seorang yang berbangga menunjukkan suaminya," ujarnya dalam satu sesi soal jawab menerusi Instagram Live, yang dipetik dati Hindustan Times.
Selain itu, Kartik turut meluahkan hasratnya untuk bergandingan dengan Deepika dalam filem dan perkara itu menimbulkan keterujaan para peminat yang sekian lama menanti untuk melihat mereka berkongsi skrin.
"Saya akan kelihatan lebih menarik jika digandingkan dengan Deepika Padukone. Adakah anda turut merasakan yang sama? Anda ada jawapannya.
"Tolong hebahkan kepada satu dunia yang saya mahu membintangi filem bersama Deepika Padukone," katanya lagi.
Terdahulu, terdapat spekulasi yang mengatakan pengarah Imtiaz Ali, yang bekerjasama dengan Kartik dalam filem "Love Aaj Kal", merancang untuk membikin sebuah filem diterajui kedua-dua pelakon tersebut.
Dalam pada itu, Kartik akan tampil dalam dua buah filem terbarunya berjudul "Bhool Bhulaiyaa 2" dan "Dostana 2" yang kini masih dalam proses penggambaran.
(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Reddit)
Public Anonymous User
Thu Jun 04 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!