Bintang terkenal Katrina Kaif dan Priyanka Chopra Jonas mendedahkan bahawa kedua-dua mereka mempunyai minat terhadap aktor Hollywood Robert Pattinson.
Robert yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 13 Mei, mula dikenali ramai sejak menjadi hero dalam siri filem "Twilight" bersama aktres Kristen Stewart.
Menurut laporan dari Republic World, Priyanka pernah memberitahu dia meminati siri filem itu sehingga timbul minat terhadap peneraju utamanya pada beberapa tahun lalu.
Dalam pada itu, Katrina yang semakin aktif menggunakan media sosial juga pernah berkongsikan sekeping foto dirinya bersama patung lilin Robert pada 2016, dan menimbulkan keterujaan ramai peminatnya.
Malah bintang filem "Bharat" itu juga mendedahkan dia telah membeli kesemua siri novel "Twilight" dan selesai membacanya dalam tempoh lima hari sahaja.
Seperti yang dilihat menerusi laman Twitter baru-baru ini, ramai peminat yang menanti untuk melihat Katrina dan Robert berkongsi skrin dalam filem sama.
Dalam perkembangan lain, Katrina bakal kembali ke layar perak bersama Akshay Kumar menerusi filem kepolisan "Sooryavanshi" arahan Rohit Shetty.
Sementara itu, Priyanka pula bakal dilihat menerusi filem adiwira Hollywood "We Can Be Heroes" dan "The White Tiger" yang akan disiarkan menerusi portal penstriman video.
(Sumber: Republic World, Twitter)
(Sumber foto: Tupaki, Daily Mail, Filmitbeat)
Public Anonymous User
Thu May 14 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.