Aktor baru Ishaan Khatter meluahkan keterujaannya untuk berganding dengan aktres jelita Katrina Kaif dan aktor Siddhant Chaturvedi dalam sebuah filem baru diberi judul "Phone Booth".
Biarpun pada ketika ini masih belum ada pengumuman rasmi dari Excel Entertainment, syarikat produksi hasil kerjasama Ritesh Sidhwani dan Farhan Akhtar, namun Ishaan memberitahu dia telah pun membaca skrip filem tersebut.
"Saya sudah tahu mengenai filem "Phone Booth" dan ianya sangat mengujakan. Skrip filem juga sangat menarik dan saya harap selepas keadaan kembali sedia kala, akan ada butiran lanjut mengenai projek ini.
"Saya tak rasa Siddhant mengiyakan atau menidakkan spekulasi mengenani filem ini dan saya juga akan melakukan perkara yang sama. Apapun ini adalah projek yang saya nanti-nantikan," ujar Ishaan menerusi Bollywood Hungama.
Jika projek arahan Gurmeet Singh ini diteruskan, maka para peminat berpeluang untuk menyaksikan gandingan kali pertama antara ketiga-tiga pelakon di layar perak.
Dalam perkembangan lain, Ishaan bakal berkongsi skrin bersama aktres Ananya Panday menerusi filem "Khaali Peeli" terbitan Ali Abbas Zafar, sementara Katrina sedang menantikan tayangan filem aksi polis "Sooryavanshi".
Siddhant juga mempunyai jadual padat memandangkan dia terlibat dengan filem "Bunty Aur Babli 2" dan sebuah filem yang belum diberi judul bersama Deepika Padukone dan Ananya Panday arahan Shakun Batra.
(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Pinterest, India Glitz, Bollywood Life)
Public Anonymous User
Thu May 14 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Full Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Full Episode I EP 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.