Aktres televisyen Disha Parmar yang juga teman wanita kepada penyanyi Bollywood Rahul Vaidya mengesahkan dia tidak akan menyertai program realiti popular "Bigg Boss 14".

Sejak Vaidya, yang menjadi peserta "Bigg Boss 14", mendedahkan dia sedang bercinta dengan Disha, nama aktres itu sering sahaja menjadi sebutan di kaca televisyen.

Memetik laporan dari News18, difahamkan penerbit telah memberi tawaran kepada Disha untuk menyertai program itu, namun aktres "Pyaar Ka Dard" tersebut menolaknya.

Malah, ramai peminat di media sosial tampil memberi cadangan agar Disha menyertai program itu bersama teman lelakinya. Disha pula mempunyai asalan tersendiri mengapa dia enggan bersetuju dengan cadangan itu.

"Ia bukan tentang pilihan sendiri! Saya faham perasaan kamu, dan kamu juga perlu memahami perasaan saya! Dia (Vaidya) dah cukup kuat untuk berdepan lawannya sendiri.

"Percayalah, sekiranya saya ada bersama dia untuk seminggu, pasti ia akan memberi tekanan kepadanya. Terutamanya dalam waktu ini apabila saya sering dilibatkan dalam perbualan," katanya.

Terdahulu, Rahul sering mencuri perhatian ramai atas hubungan dinginnya dengan peserta "Bigg Boss 14" dan aktres Rubina Dilaik. Dalam episod sebelumnya, kedua-dua peserta itu pernah bertengkar mengenai hubungan Rubina dengan Abhinav Shukla.

(Sumber foto: Mumbai Mirror)