Sejak pembikinannya diumumkan, filem Sanjay Leela Bhansali "Gangubai Kathiawadi" sering menjadi buah mulut ramai memandangkan terdapat pelbagai isu yang berlaku ketika produksinya berlangsung.
Seperti sedia maklum, filem itu merupakan sebuah biopik jenayah mengenai Ratu Mafia dan 'ibu ayam' bagi sebuah rumah pelacuran iaitu Gangubai Kathiawadi atau nama sebenarnya Gangubai Harjivandas.
Memetik laporan dari Pinkvilla, keluarga Gangubai dilaporkan telah memfailkan kes terhadap Sanjay dan aktres utamanya Alia Bhatt di Mahkamah Sivil Bombay.
Difahamkan keluarga Ratu Mafia itu tidak bersetuju dengan jalan cerita yang ditampilkan oleh Sanjay menerusi filem tersebut.
Malah bukan itu sahaja masalah yang perlu kumpulan produksi hadapi memandangkan penulis Hussain Zaidi yang menerbitkan buku "Mafia Queens of Mumbai" turut memfailkan kes terhadap Sanjay dan Alia atas sebab sama.
Walau bagaimanapun, buat masa ini belum ada kenyataan rasmi daripada keluarga Gangubai, Hussain Zaidi mahupun Sanjay sendiri.
Terdahulu, Sanjay dikatakan telah merobohkan set penggambarannya untuk mengurangkan kos sewa yang mahal dan membina set baru dengan kos yang lebih rendah.
Sehingga kini, pihak produksi masih belum memaklumkan tarikh tayangan baru bagi filem berkenaan, di mana pada asalnya mereka telah menetapkan tarikh tayangan pada 11 September 2020.
Selain Alia, filem itu turut dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Shantanu Maheshwari, Vijay Raaz, Mohammed Samad, Seema Pahwa dan Bajrangbali Singh.
(Sumber foto: Wikimedia & Indian Express)
Public Anonymous User
Mon Dec 28 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.