Baru-baru ini aktres Kiara Advani telah tampil sebagai peneraju utama filem "Guilty" arahan Ruchi Narain yang ditayangkan menerusi portal penstriman video Netflix.

Filem terbitan Karan Johar itu berjaya menerima penarafan tinggi dan maklum balas positif daripada kalangan peminat dan pengkritik filem.

"Setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua kerana memberi sokongan terhadap filem "Guilty" dan menghargai lakonan saya.

"Tidak dapat saya gambarkan perasaan saya apabila membaca ulasan, maklum balas dan tweet anda! Saya ingin berterima kasih dan menghargai anda semua," ujarnya di Instagram.

Menurut Kiara, walaupun watak Nanki Dutta yang dijayakan dalam filem itu jauh berbeza dengan pendiriannya dan lebih kompleks, namun dia berasa seronok untuk mendalami watak tersebut.

Tambahnya lagi, portal penstriman video merupakan salah satu medium bagi para aktor untuk mengembangkan lagi karier mereka dengan mencuba genre dan watak baru.

Selain Kiara, filem "Guilty" turut dibintangi oleh Akansha Ranjan Kapoor, Gurfateh Singh Pirzada, Taher Shabbir, Dalip Tahil, Kunal Vijaykar, Manu Rishi dan Fahad Ali.

(Sumber: Kiara Advani Instagram)
(Sumber foto: Kiara Advani Instagram)