Aktres Kiara Advani dilaporkan telah menarik diri dari projek filem "Mr. Lele" arahan Shashank Khaitan berikutan terikat dengan jadual kerja yang padat dan isu pelanggaran tarikh.

Seperti yang dilaporkan oleh Pinkvilla, sepatutnya ia merupakan gandingan kedua antara Kiara dan peneraju utama Varun Dhawan di layar lebar namun berita itu telah menghampakan para peminat.

Sebelumnya, mereka telah dilihat menerusi sebuah lagu dalam filem "Kalank" yang berjudul "First Class" dan keserasian mereka telah menarik perhatian peminat.

Dalam pada itu, Kiara kini sedang meraikan kejayaan filem "Kabir Singh" yang menjadi filem paling banyak dicari di Google India pada 2019, serta mempromosikan filem komedi "Good Newwz" yang kini ditayangkan di pawagam.

Tahun 2020 juga bakal menjadi tahun yang sibuk buat Kiara memandangkan dia mempunyai empat buah filem dalam tangan seperti "Laxmmi Bomb", "Indoo Ki Jawani", "Bhool Bhulaiyaa 2" dan "Shershaah".

Setakat ini hanya "Indoo Ki Jawani" yang sudah ke peringkat pos produksi sementara tiga filem yang lain itu masih dalam proses penggambaran.

Sementara itu, Varun pula sedang membuat persiapan bagi filem terbarunya "Street Dancer 3D" bersama Shraddha Kapoor dan Nora Fatehi yang akan ditayangkan pada 24 Januari 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Pagal Parrot)
(Sumber artikel: Pinkvilla)