Upacara Filmfare adalah anugerah filem tertua dan paling menonjol yang didedikasikan untuk filem-filem Hindi di India. Bahkan, ia juga telah dirujuk sebagai Anugerah Akademi industri (Academy Awards) filem Hindi.
Ramai yang pasti nak tahu suasana dan gaya anugerah ini di zaman lama kan? Jom imbas kembali foto-foto yang pasti akan mencuit memori kita ke era lama Bollywood.

Dev Anand & Vyjayanthimala bergambar dengan anugerah Filmfare mereka untuk Pelakon Lelaki & Pelakon Perempuan terbaik.

Pelakon Dilip Kumar dan Nargis, masing-masing dengan anugerah yang dimenangi mereka di Anugerah Filmfare tahun 1958


Sunil Dutt & Meena Kumari menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Terbaik Wanita Terbaik Filmfare dari Pelakon Hollywood Tony Randall pada tahun 1965.

Pelakon Waheeda Rehman menerima Anugerah Pelakon Terbaik untuk penampilannya dalam filem 'Guide' dari pelakon legenda Raj Kapoor pada tahun 1966

Rishi Kapoor menerima Anugerah Pelakon Terbaik untuk persembahannya dalam filem 'Bobby' daripada pelakon veteran Nutan pada tahun 1973

Rajesh Khanna, salah seorang aktor paling popular Bollywood dari 70an menerima Anugerah Pelakon Filem Terbaik dari Hema Malini pada tahun 1975

Amitabh Bachchan memenangi anugerah Pelakon Terbaik Filmfare atas persembahannya di dalam filem 'Don', manakala aktres Nutan memenangi anugerah Pelakon Terbaik untuk 'Main Tulsi Tere Aangan Ki' pada tahun 1978
Koleksi foto ini pasti tak lengkap kalau tak ada raja hati ramai, ShahRukh Khan, betul tak?

Pelakon Sridevi bersama pelakon Shah Rukh Khan di Anugerah Filmfare 1996 di Mumbai
Memandangkan anda sudah imbas kembali memori-memori dari anugerah Filmfare yang lama, jangan ketinggalan dalam menyaksikan tayangan perdana Filmfare Awards yang ke 64 pada 30th November jam 10 malam, hanya di Colors HD!
Foto: Merepix