Dalam menjalani tempoh Perintah Berkurung di India, aktres Kriti Kharbanda memberitahu dia masih mengamalkan cara pemakanan dan gaya hidup sihat di rumah.

"Sebagai aktor, kami mengamalkan diet yang tegas, bersama kandungan protein yang disarankan tetapi kini, kami hanya mengamalkan yang asas sahaja. Kami bernasib baik kerana masih ada bekalan makanan.

"Selain itu, pencemaran alam sekitar juga dilihat semakin berkurangan. Di kawasan rumah saya udara dan tasik juga semakin bersih.

"Saya harap orang ramai akan terus menilai perkara ini sepanjang tempoh berkurung dijalankan," katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Memandangkan dia bersama teman lelaki yang juga aktor Pulkit Samrat tinggal bersama, Kriti memberitahu Pulkit telah membantunya untuk menangani kerisauan yang dialaminya akibat wabak COVID-19.

Ia berikutan demam dan batuk yang dialaminya pada bulan lalu kerana menaiki sebuah penerbangan antarabangsa selepas menghadiri majlis pertunangan abang Pulkit di Delhi. Walau bagaimanapun, keadaannya bertambah pulih selepas tiga hari.

Kriti dan Pulkit bersikap terbuka mengenai hubungan mereka selepas kedua-duanya membintangi filem aksi komedi "Pagalpanti" arahan Anees Bazmee pada tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Kriti bakal tampil dalam sebuah filem Tamil arahan RA Karthik berjudul "Vaan" dan juga filem Hindi arahan Bejoy Nambiar berjudul "Taish", di mana dia akan kembali berkongsi skrin bersama Pulkit.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Kriti Kharbanda Instagram)