Biarpun ketika ini negara India dikenakan Perintah Berkurung untuk membendung penularan wabak COVID-19, namun keselamatan rakyat masih perlu diutamakan.
Sehubungan dengan itu, aktres Kriti Sanon tampil memberikan nasihat kepada orang ramai supaya menjaga penjarakan sosial serta mengamalkan gaya hidup bersih dan sihat sepanjang krisis ini.
"Ini adalah beberapa perkara perlu diutamakan. Jika anda keluar untuk membeli barang keperluan, pastikan anda menjaga jarak lebih kurang enam kaki antara satu sama lain.
"Jangan sentuh sebarangan. Pakai topeng muka. Jangan sentuh muka anda. Apabila pulang ke rumah, basuh tangan anda selama 20 saat. Bersihkan semua barang yang pegang.
"Jangan tekan butang di lif menggunakan tangan, sebaliknya gunakan siku anda. Jaga kesihatan, jaga kecergasan dan duduk di rumah," ujarnya menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter PIB India.
Turut dikongsi menerusi laman Twitter yang sama adalah video daripada aktor Arjun Kapoor, menasihati orang ramai supaya mengamalkan langkah pencegahan penyebaran wabak maut tersebut.
Tambah aktor itu lagi, di saat krisis ini ianya penting untuk setiap individu peka dengan keadaan semasa dan memahami perintah kerajaan untuk kebaikan semua pihak.
Susulan Perintah Berkurung, syarikat-syarikat produksi di India juga digantung buat sementara waktu, termasuk penangguhan sesi penggambaran filem sehingga keadaan terkawal.
(Sumber: PIB India Twitter)
(Sumber foto: Kriti Sanon, Arjun Kapoor Instagram)
Public Anonymous User
Thu Apr 02 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!