Melihat kadar kes keganasan rumah tangga di India semakin meningkat, Kriti Sanon menggesa orang ramai supaya bangkit dan melaporkannya kepada agensi-agensi yang mengendalikan kes tersebut.
"Tolong pertahankan diri anda dan lapor kerana semua ini tidak okay! Saya patah hati apabila membaca kes-kes keganasan rumah tangga meningkat dua kali ganda dalam tempoh Perintah Berkurung ini!
"Di Punjab sahaja mencatat 700 kes! Dan ini semua hanya kes yang berdaftar! Bayangkan berapa banyak lagi yang tidak dilaporkan! Jika anda ada berdepan dengan sebarang keganasan rumah tangga, tolong laporkan!
"Hanya anda yang mampu mengawal hidup anda jadi tolong pertahankan diri anda sendiri! Ianya tidak okay untuk sesiapa pun menyakiti anda dari segi fizikal tidak kira apa pun alasannya!" tulisnya menerusi laman Instagram.
Sehubungan dengan itu, Kriti menyertakan laman sesawang dan talian hayat kes keganasan rumah tangga untuk kegunaan orang ramai yang ingin melaporkan kes tersebut.
Malah, menerusi video yang dimuat naik dalam entri yang sama, Kriti turut berkongsi sebuah puisi berjudul "ABUSE" dan menceritakan kisah pembantu rumahnya yang pernah dipukul oleh suaminya suatu ketika dahulu.
Tambah Kriti lagi, dia berharap apa yang disampaikan boleh memberi semangat untuk orang ramai terutamanya golongan wanita memberanikan diri dan melakukan perkara yang betul.
Dalam perkembangan lain, Kriti turut berduka cita atas pemergian Irrfan Khan dan memberi tribute kepada legenda Bollywood tersebut dalam sebuah entri yang dimuat naik di Instagram.
Kriti bakal tampil dalam filem terbarunya, "Mimi", yang menceritakan kisah seorang ibu tumpang. Filem arahan Laxman Utekar itu kini masih dalam proses pembikinan yang tergendala akibat pandemik COVID-19.
(Sumber: Kriti Sanon Instagram)
(Sumber foto: Kriti Sanon Instagram)
Public Anonymous User
Thu Apr 30 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!