Berikut adalah lima trivia menarik di sekitar anugerah ini yang kami yakin anda tidak tahu.
- Bintang Hollywood Gregory Peck sepatutnya hadir sebagai tetamu kehormatan untuk upacara Anugerah Filemfare yang pertama yang diadakan di teater Metro. Walau bagaimanapun, disebabkan kelewatan penerbangan, dia hanya boleh menghadiri parti selepas itu, yang diadakan di Willingdon Sports Club.
- Bilangan penghargaan Filmfare tertinggi;
- Filem ‘Black’ arahan Sanjay Leela Bhansali memenangi 11 anugerah
- Kamal Hassan memenangi 18 anugerah dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (dalam lima Bahasa)
- Nutan dan Kajol memenangi 5 anugerah dalam kategori Pelakon Perempuan terbaik-
- Pemusik AR Rahman dan Shankar-JaiKishan masing-masing memenangi 9 anugerah
- Rekod pengarah Bimal Roy yang memenangi 7 anugerah Filmfare untuk kategori Pengarah Terbaik masih tidak dapat ditandingai sehingga kini.
- Pernah terfikir seringan mana anugerah Filmfare yang anggun ini?

Bagi informasi semua, anugerah ini diperbuat daripada gangsa dan beratnya 5kg tau. Terkejut kan? Sama la, admin pun terkejut sebab pelakon bergaya dan bergambar macam ringan je kan.
- Mesti ramai yang fikir bahawa semua calon-calon anugerah menerima anugerah ini dengan hati terbuka kan? Ha, tapi tak kesemuanya yang berbuat demikian sebab ada 6 calon yang pernah menolak anugerah tersebut.
- Sonu Nigam untuk lagu Sandese aate hain (1997)
- Prithviraj Kapoor untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik untuk Mughal-E-Azam
- Kumar Sanu
- Lata Mangeshkar pada tahun 1958
- Vyjanthimala untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik untuk Devdas
- Reena Roy untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem Apnapan (1977)
- Juga menghairankan adalah pelakon-pelakon popular seperti Dharmendra, Govinda, Akshay Kumar, Tabu, Salman Khan, Ajay Devgn tidak pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik / Pelakon Wanita Terbaik Filmfare.
Jangan lupa saksikan anugerah filem terbesar tahun ini pada 30 November jam 10 malam, hanya di Colors HD (Chanel 108).
Sumber: Filmfare, in.bookmyshow