Filem "Lootcase" yang dinanti-nantikan peminat sebelum ini akhirnya sudah mendapat tarikh tayangan barunya iaitu pada 10 April 2020.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, ramai yang tidak sabar menanti tayangan filem yang dibintangi oleh Kunal Kemmu ini selepas menonton treler filem itu pada September lalu.

Filem yang berkisarkan mengenai seorang lelaki pertengahan usia yang terjumpa sebuah beg yang penuh dengan wang ini bukan sahaja menarik perhatian penonton, malah penggiat seni turut teruja menanti tayangan filem itu.

Apa yang menarik mengenai "Lootcase" adalah pengarah iaitu Rajesh Krishnan memberi sentuhan unik di mana poster dan lagu-lagu dalam filem itu semuanya di inspirasikan dari filem-filem popular.

Selain Kunal, filem terbitan Fox Star Studios dan Soda Films Productions ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Gajraj Rao, Rasika Duggal, Ranvir Shorey dan Vijay Raaz.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Times Now)