Pembikin filem tersohor Madhur Bhandarkar tampil menyangkal khabar angin yang mendakwa dia akan menghasilkan filem mengenai bintang terkenal Bollywood, Saif Ali Khan, Kareena Kapoor dan anak mereka, Taimur Ali Khan.

Berita mengenai filem ini yang dikatakan bakal dihasilkan ini timbul apabila Bhandarkar dilaporkan telah mendaftar judul filem "Taimur".

"Ia tidak benar. Rumah produksi saya sememangnya akan terus mendaftar judul filem dan antara yang sudah didaftarkan seperti 'Awards' atau 'Bollywood Vibes', jadi ia tidak bermakna akan akan menghasilkan filem itu dalam masa terdekat," ujarnya yang dipetik dari Bollywoodlife.

Menurut Bhandarkar, filem terbarunya nanti akan diberi judul "Ghalib" yang mana ia sebuah naskhah yang diangkat dari kisah mafia pasir.

Dia kini sedang sibuk melakukan penyelidikan mengenai filem itu sejak lapan bulan yang lalu.
Selain itu, dia juga sedang sibuk dengan projek siri web yang mana butiran mengenai projeknya itu tidak didedahkan.

Sementara itu, Bhandarkar juga dikatakan bakal menerima anugerah khas oleh Master Deenanth Mangeshkar Awards atas sumbangannya terhadap industri sinema India.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: hindustantimes