Aktres Madhuri Dixit Nene mengumumkan bahawa dia bakal melancarkan sebuah lagu berjudul "Candle" bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-53 baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, Madhuri yang juga digelar sebagai 'Dancing Diva of Bollywood', telah berkongsikan sedikit 'teaser' lagu pertamanya itu buat para peminat menerusi laman Instagram.

"Terima kasih buat semua yang memberi ucapan hari jadi! Saya ingin membalas kasih sayang anda. Di sini saya berkongsikan pratonton eksklusif lagu pertama saya. Lagu ini akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Ia diberi judul "Candle" dan ia mengisahkan tentang harapan, sesuatu yang kita sangat perlukan pada ketika ini," tulisnya di ruangan kapsyen.

Thanks for all the good wishes and birthday love! Wanted to give some love back to you. Sharing an exclusive preview of my first ever single. Will share the song soon. It's called Candle and it's about hope, something we need in large supply right now.

A post shared by Madhuri Dixit (@madhuridixitnene) on


Dalam pada itu, suami kepada Madhuri, Dr. Shriram Nene turut berkongsikan ucapan hari lahir istimewa buat isteri kesayangannya menerusi laman Instagram miliknya.

Untuk rekod, Madhuri terkenal dengan bakat tariannya menerusi lagu-lagu yang dipersembahkan dalam filem-filem Bollywood sejak tahun 1980-an, seperti "Ek Do Teen", "Humko Aaj Kal Hai Intezaar" dan "Dil To Pagal Hai".

Kali terakhir Madhuri dilihat berlakon di layar perak adalah menerusi filem sejarah terbitan Karan Johar iaitu "Kalank" (2019), yang turut dibintangi Sonakshi Sinha, Alia Bhatt, Varun Dhawan, Aditya Roy Kapur dan Sanjay Dutt.

(Sumber: Madhuri Dixit Instagram)
(Sumber foto: Madhuri Dixit Instagram)