Sebelum aktor meningkat naik Sushant Singh Rajput ditemui tidak bernyawa di kediamannya Ahad lalu, difahamkan dia itu telah menghubungi rakan baiknya Mahesh Shetty, yang juga aktor televisyen.
Menurut laporan dari Bollywood Bubble, Sushant cuba menghubungi Mahesh pada jam 1:51 pagi namun panggilannya tidak dijawab, mungkin kerana pada ketika itu Mahesh sudah lena.
Pada keesokan harinya, difahamkan Mahesh cuba menghubungi Sushant semula pada 8:30 pagi namun tidak dijawab dan beranggapan Sushant masih tidur.
Data panggilan pada telefon pintar Sushant menyatakan aktor itu telah bangun dan menghubungi Mahesh pada 9:30 pagi namun panggilannya tidak sampai, dan akhirnya Mahesh dikejutkan dengan berita kematian Sushant.
Buat pengetahuan lanjut, Mahesh dan Sushant pernah bekerjasama buat pertama kali menerusi siri arahan Ekta Kapoor iaitu "Kis Desh Mein Hai Meraa Dil", yang juga debut Sushant di kaca televisyen.
Sejak itu, hubungan persabahatan antara kedua-dua aktor menjadi semakin rapat dan mereka digandingkan semula dalam siri "Pavitra Rishta" sebelum Sushant menceburi dunia perfileman.
Dalam pada itu, jurucakap kepada Mahesh meminta agar semua media memberi ruang kepada Mahesh yang masih terkejut dengan pemergian rakan baik dan juga seseorang yang dianggap sebagai saudaranya.
(Sumber: Bollywood Bubble)
(Sumber foto: TellyBuzz & Pinkvilla)
Public Anonymous User
Tue Jun 16 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!