Setelah lebih sedekad membintangi filem komedi gelap "Dev.D" arahan Anurag Kashyap, aktres Mahie Gill akhirnya meluahkan hasratnya untuk kembali bekerjasama dengan pengarah itu.
"Saya seorang yang pendiam dan kurang melakukan kerja perhubungan awam. Namun pada masa yang sama saya bersemangat dalam melakukan pekerjaan. Mungkin ini satu kombinasi yang pelik bagi seorang aktor.
"Tidak kira apa projek filem yang saya terima sekalipun, saya mula dikenali menerusi filem "Dev.D". Saya kagum dengan kerja Anurag Kashyap sebagai pembikin filem dan berhasrat untuk berkolaborasi dengannya pada masa akan datang," katanya yang dipetik dari Pinkvilla.
Selain Anurag, aktres berusia 44 tahun itu juga berkeinginan untuk membintangi naskhah pembikin filem lain seperti Imtiaz Ali, Anurag Basu, Rajkumar Hirani dan ramai lagi.
Filem "Dev.D" merupakan sebuah adaptasi dari novel klasik Bengali berjudul "Devdas" oleh Sarat Chandra Chatterjee yang diterbitkan pada 1917.
Beralih ke perkembangan lain, Mahie telah menonjolkan sisi komedinya buat pertama kali menerusi filem "Doordarshan" arahan debut Gagan Puri yang mula ditayangkan sejak 28 Februari.
Selain itu, dia juga sedang menjalani penggambaran bagi filem seram arahan G. Ashok berjudul "Durgavati" bersama aktres Bhumi Pednekar.
Filem itu diterbitkan oleh Bhushan Kumar dengan kerjasama Akshay Kumar dan Vikram Malhotra.
(Sumber: Pinkvilla)
(Sumber foto: Masala)
Public Anonymous User
Tue Mar 03 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!