Hasrat aktor Mohit Raina untuk bekerjasama dengan Irrfan Khan dalam projek filem baru mereka tidak kesampaian selepas aktor itu disahkan menghidap jangkitan usus sebelum meninggal dunia.
Menurut Raina, pengarah Vishal Bhardwaj sudah merancang untuk menggandingkannya bersama Irrfan buat pertama kali dalam sebuah filem yang masih dalam proses pra-produksi dan belum diberi judul.
"Sebelum Irrfan disahkan menghidap penyakitnya, terdapat sebuah projek yang akan kami lakukan bersama. Saya teruja untuk terlibat dengan projek ini. Ia adalah filem arahan Vishal Bhardwaj.
"Kemudian Irrfan telah didiagnosis dengan penyakit itu, dan Vishal hanya bercadang untuk bekerja dengan dia sahaja. Jadi, Vishal menangguhkan projek ini.
"Saya sangat ternanti-nanti untuk bekerja bersama dia namun malangnya ia tidak kesampaian. Sebelum ini saya berfikiran positif yang mana semuanya akan kembali seperti biasa, dia akan kembali dan projek ini dapat diteruskan, tapi berlaku sebaliknya," luahnya menerusi laporan Hindustan Times
. Tambah aktor filem "Good Newwz" itu lagi, Irrfan merupakan seorang bintang hebat yang tiada gantinya dalam industri perfileman dan akan terus diingingati selama bertahun-tahun.
"Saya berasa beruntung kerana berpeluang untuk berinteraksi dan berjumpa dengan dia beberapa kali sebelum ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, baru-baru ini Mohit telah dilihat membintangi filem thriller jenayah "Mrs. Serial Killer" yang ditayangkan di sebuah portal penstriman video berbayar pada 1 Mei.
Filem terbitan Farah Khan bersama Shirish Kunder itu turut diterajui oleh aktres Jacqueline Fernandez dan Manoj Bajpayee, serta penampilan istimewa daripada anak saudara Aamir Khan, Zayn Marie.
(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Instant Stories, Glamsham)
Public Anonymous User
Fri May 15 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Full Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Full Episode I EP 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.