Bintang "Naagin 5" Mohit Sehgal mempunyai cara tersendiri untuk menyambut perayaan Karwa Chauth tahun ini iaitu berkongsi foto romantik bersama isteri tercinta yang juga aktres Sanaya Irani.

Perkongsian Mohit menerusi laman Instagram menampilkan foto-foto mereka berdua menyambut perayaan itu secara kecil-kecilan memandangkan dunia masih berdepan pandemik COVID-19.

"Selamat menyambut Karwa Chauth sayang, Sanaya Irani. Saya berjanji akan sentiasa setia di sisi awak," tulis Mohit ringkas di ruangan kapsyen.

#happykarwachauth baby ❤️ @sanayairani I promise to always be by ur side ??❤️❤️ love u ?

A post shared by Mohit Sehgal (@itsmohitsehgal) on

Malah, pasangan sama cantik sama padan itu turut dilihat menyambut perayaan itu dengan penuh romantik seolah-olah sedang mengadakan temu janji bersama.

Sementara itu, ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata manis daripada rakan-rakan selebriti televisyen lain seperti Gurmeet Choudhary, Utkarsh Gupta, Karan Tacker dan para peminat.

Percintaan Mohit dan Sanaya bermula ketika mereka sama-sama membintangi siri popular "Miley Jab Hum Tum" dan mengujakan ramai penonton dengan keserasian mereka di kaca televisyen.

Pasangan itu membawa hubungan mereka ke tahap yang lebih serius dan berkahwin pada 2016 dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di pantai Goa.

(Sumber foto: Mohit Sehgal Instagram)