Pembikin filem aksi thriller romantik "Malang", Ankur Garg dan Mohit Suri, mengumumkan berita baik buat para peminat apabila mereka bakal menghasilkan sekuel filem tersebut.
Sehubungan dengan itu, Ankur memberitahu bahawa Mohit bersama seorang lagi penerbit iaitu Luv Ranjan sedang menulis skrip filem buat masa ini.
"Kami sangat berterima kasih kepada para penonton kerana memberi maklum balas yang luar biasa untuk filem kami "Malang" di pawagam, dan kini di platform digital.
"Sementara orang ramai sibuk menonton filem itu di platform digital, ya, kami akan kembali dengan "Malang 2".
"Mohit dan Luv sedang membikin sekuelnya dan butiran lanjut akan dikongsikan kelak," ujar Ankur yang dipetik dari Indian Express.
Terdahulu, Mohit telah memberi petunjuk di mana pada pengakhiran filem pertama, terdapat suara seseorang, iaitu aktres Shraddha Kapoor, yang akan ditampilkan dalam sekuel dengan jalan cerita lebih menarik.
"Malang 2" akan menyaksikan semula para pelakon dari filem pertama seperti Aditya Roy Kapur, Disha Patani dan Anil Kapoor sebagai peneraju utama.
Buat pengetahuan lanjut, "Malang" berjaya meraih kutipan tinggi sejak hari pertama ia ditayangkan, mengakhiri tayangan dengan jumlah kutipan sebanyak RM48.6 juta selepas ia ditayangkan di seluruh dunia.
(Sumber: Indian Express)
(Sumber foto: India West)
Public Anonymous User
Wed May 20 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.