Setiap pembikin filem pasti inginkan kualiti filem yang nampak mahal maka tidak hairanlah kebanyakan mereka sanggup berbelanja lebih demi merealisasikannya, termasuk penerbit dan pengarah Bollywood Sanjay Leela Bhansali.
Filem "Devdas" (2002) yang dibikin berdasarkan novel nukilan Sarat Chandra Chattopadhyay, merupakan salah satu karya filem arahan Bhansali yang kekal menjadi filem ikonik Bollywood sehingga hari ini.
Selain padat dengan emosi dan drama, filem yang dibintangi Shah Rukh Khan, Aishwarya Rai dan Madhuri Dixit itu juga berjaya memukau mata para penonton dengan sinematografi serta latar belakang yang menakjubkan.
Menurut laporan dari Filmfare, Bhansali telah membelanjakan sebanyak Rs 50 Crore (RM28.1 juta) untuk produksi filemnya, di mana Rs 20 Crore (RM11.2 juta) daripada jumlah tersebut digunakan bagi membina set penggambaran.
Dari 'haveli' (rumah agam) milik Paro (Aishwarya), hinggalah ke 'kotha' milik Chandramukhi (Madhuri) yang dibina bersebelahan sebuah tasik buatan, semuanya dihasilkan dengan begitu teliti.
Jumlah wang yang dikeluarkan bagi menjayakan filem itu ternyata tidak sia-sia apabila ia menerima pulangan tinggi, sekaligus menjadikan "Devdas" filem Bollywood dengan kutipan paling tinggi pada 2002.
Selain kutipan tinggi, filem itu juga berjaya merangkul sebanyak lima trofi juara di Anugerah Filem Nasional (India) dan sebelas trofi juara di Anugerah Filmfare, memecahkan rekod yang pernah dipegang filem "Dilwale Dulhania Le Jayenge".
(Sumber: Filmfare)
(Sumber foto: PMC Variety)
Public Anonymous User
Fri Sep 18 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!