Pihak penerbit siri televisyen thriller fantasi "Naagin" musim keempat kini perlu mencari pengganti apabila dua peneraju utama iaitu aktres Nia Sharma dan Rashami Desai tidak lagi terlibat dengan produksi itu.
Seperti yang dilaporkan oleh ABP Live, pihak penerbit merancang untuk menghasilkan versi baru dengan beberapa perubahan besar bagi siri itu sebaik sahaja Perintah Berkurung berakhir.
"Saluran TV dan pihak penerbit ingin mengurangkan kos memandangkan situasi pemasaran kini tidak stabil, tambahan lagi bayaran untuk Nia dan Rashami agak mahal.
"Jadi kami telah mengadakan kata sepakat untuk mengeluarkan watak-watak mereka dari siri ini," dedah satu sumber terdekat.
Malah, sebelum ini juga sumber itu memberitahu watak yang dibawa oleh Rashami tidak sesuai dengan versi baru siri terbitan Ekta Kapoor tersebut.
Walau bagaimanapun, peneraju lelaki utama iaitu aktor Vijayendra Kumeria akan dikekalkan seperti biasa.
Sehingga kini, pihak penerbit mahupun kedua-dua aktres itu masih belum tampil untuk mengesahkan berita tersebut.
Untuk rekod, "Naagin" musim pertama mula disiarkan pada 2015 diikuti dengan musim kedua, ketiga dan keempat pada tahun-tahun berikutnya.
Setiap musim menampilkan barisan pelakon yang berbeza dan "Naagin" telah dilabel sebagai salah satu siri paling tinggi penarafannya dalam industri televisyen India.
(Sumber: ABP Live)
(Sumber foto: Pinkvilla, Eastern Eye)
Public Anonymous User
Thu May 28 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.