Pemergian legenda Bollywood Irrfan Khan telah meninggalkan kesan kepada semua penggiat seni industri Bollywood termasuk aktres Nimrat Kaur yang tampil memperingati aktor tersebut.

Dalam entri Instagramnya baru-baru ini, Nimrat telah memuat naik foto mural wajah Irrfan yang menghiasi dinding bangunan berhampiran set penggambaran filem mereka "The Lunchbox" (2013), di mana Irrfan menjayakan watak Saajan Fernandes.

"Terjumpa mural ini di Kampung Ranwar dalam perjalanan untuk pergi bekerja hari ini. Hanya beberapa rumah sahaja dari sini di mana terletaknya kediaman Saajan Fernandes dalam "The Lunchbox".

"Satu pertemuan antara kehidupan dan hasil seni yang begitu suram namun meriah. Pujian dari hati saya kepada artis Bollywood Art Project dan seribu doa dan ingatan kepada jiwa yang kekal abadi ini," tulisnya di ruangan kapsyen.

Nimrat -

Chanced upon this arresting mural in Ranwar Village on an errand run today. Incidentally only a few houses down the one where Saajan Fernandes's house was located in The Lunchbox. Such an ominous yet celebratory confluence of life and art. My heart felt compliments to the artist @bollywoodartproject and a million thoughts and loving prayers for this immortal soul. All that came to the mind was, who knew...#IrrfanForever

A post shared by NIMRATasneem KAUReshi (@nimratofficial) on

Berbalik kepada "The Lunchbox", ia adalah filem romantik arahan Ritesh Batra, mengisahkan cubaan seorang suri rumah tangga bernama Ila (Nimrat Kaur) memperbaiki hubungan bersama suaminya yang renggang dengan menyediakan bekal makanan istimewa.

Walau bagaimanapun, penghantaran bekal itu tidak sampai ke tangan suaminya, sebaliknya kepada seorang duda bernama Saajan Fernandes yang tinggal berhampiran kawasan perumahannya di Mumbai.

Musykil kerana tiada reaksi daripada suaminya, Ila meletakkan surat dalam bekal makanan pada keesokan harinyanya dan sejak itu bermulalah persahabatan antara mereka tanpa pernah bersua muka.

Filem itu pernah dinobatkan sebagai filem Hindi dengan kutipan paling tinggi sebelum "Hindi Medium" (2017) yang turut dibintangi oleh Irrfan.

"The Lunchbox" juga mencatat sejarahnya tersendiri apabila dicalonkan dalam kategori Filem Bukan Berbahasa Inggeris Terbaik untuk Anugerah Akademi Filem British (BAFTA) 2015.

(Sumber: Nimrat Kaur Instagram)
(Sumber foto: Nimrat Kaur Instagram)