Bintang baru yang juga adik kepada aktres Bollywood Kriti Sanon, iaitu Nupur Sanon sudah bersedia untuk mengikut jejak langkah ke industri itu menerusi filem terbaru, "Ganapath".
Jika dahulu Kriti telah membuat debutnya di samping aktor Tiger Shroff dalam filem "Heropanti", kini giliran Nupur pula untuk berkongsi skrin dengan aktor filem "War" tersebut.
Selain Nupur dan Tiger, filem bertemakan drama kesukanan arahan Vikas Bahl itu turut mempertaruhkan aktres Nora Fatehi sebagai watak utama.
"Nora sering dilihat berada di pejabat produksi Pooja Entertainment. Walau bagaimanapun, selain laporan dia akan terlibat dengan babak lagu dalam filem "Bell Bottom", Nora juga telah dipilih untuk membintangi sebuah filem cereka.
"Filem yang dipersoalkan itu adalah "Ganapath", dan dia akan membawa watak wanita kedua di samping Tiger, sementara Nupur pula dipilih sebagai watak wanita utama," dedah sumber yang dipetik dari Eastern Eye.
Namun begitu, pihak produksi mahupun Nupur masih belum mengesahkan berita berkenaan buat masa ini.
Terdahulu, Nupur dilihat berkongsi skrin kecil bersama bintang terkenal, Akshay Kumar dalam video muzik lagunya, "Filhall" yang disiarkan di saluran YouTube.
(Sumber: Eastern Eye)
(Sumber foto: Nupur Sanon Instagram)
Public Anonymous User
Tue Nov 10 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!