Baru-baru ini bintang terkenal Akshay Kumar telah melancarkan video muzik pertamanya "Filhall" yang menampilkan debut adik kepada aktres Kriti Sanon, Nupur Sanon.

Menurut laporan dari Hindustan Times, Nupur mempunyai rancangan untuk melibatkan diri dalam industri filem Bollywood namun bukan dalam masa terdekat.

"Saya gembira kerana berpeluang untuk tampil dalam video muzik pertama saya kerana saya tak pernah bermimpi yang saya akan bekerja dengan Akshay Kumar dalam projek pertama saya.

"Saya sedang menanti peluang yang baik. Saya ada berbincang dengan beberapa individu tetapi masih belum menandatangani sebarang projek buat masa ini.

"Ramai yang menghubungi saya selepas menonton video muzik itu tetapi saya tidak mahu terburu-buru. Saya ingin berada dalam karier ini dalam jangka masa yang panjang," jelasnya.

Bercakap mengenai gandingannya bersama Akshay, Nupur mengakui dia khuatir seseorang akan membatalkan projek itu kerana dia tidak mampu menjayakannya dengan baik.

Tambah Nupur lagi, dia berasa gementar dan bimbang tidak mampu berlakon dengan baik di samping seorang aktor yang jauh lebih berpengalaman daripadanya.

Lagu "Filhall" nukilan Jaani dinyanyikan oleh artis Punjabi B Praak, dan kini video muziknya telah mencecah lebih 100 juta tontonan di saluran YouTube.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Happy Shappy)
(Sumber artikel: Hindustan Times)