Pembikin filem akan mencipta semula lagu nyanyian Sonam Kapoor berjudul "Masakali" dari filem "Delhi 6" untuk digunakan dalam filem terbaru "Marjaavaan".

Hak cipta lagu tersebut dimiliki oleh syarikat produksi T-Series. Semasa para penerbit sedang mencari trek dan melodi yang sesuai, mereka bercadang untuk menggunakan lagu "Masakali".

"Ia adalah sebuah lagu romantik yang menampilkan Sidharth bersama salah seorang pelakon wanita dalam filem itu.

"Penggambaran bagi lagu tersebut bakal dijalankan tidak lama lagi," jelas satu sumber terdekat menerusi laporan dari Pinkvilla.

Baru-baru ini, Sidharth dilaporkan telah menjalani penggambaran tarian bagi sebuah lagi lagu berjudul "Peeyu Datke" dimana dia akan menari bersama Nushrat Bharucha.

"Saya telah beberapa kali terdengar mengenai "Marjaavaan" di majlis-majlis dan parti. Semasa menghadiri sebuah majlis, ada yang memberitahu saya mengenai lagu tersebut.

"Sidharth mencadangkan saya untuk terlibat dengan projek lagu tersebut dan pihak produksi terus bersetuju," ujar Nushrat.

"Marjaavaan" merupakan sebuah filem aksi romantik arahan Milap Zaveri dan dibintangi oleh Tara Sutaria disamping Sidharth Malhotra. Ia turut menampilkan Rakul Preet Singh dan Riteish Deshmukh.

Diarahkan oleh Milap Zaveri, filem itu bakal ditayangkan pada 2 Oktober tahun ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Pinkvilla
Sumber foto: Tara Sutaria & Sidharth Malhotra Instagram