Polis Boisar telah menahan seorang lelaki atas kesalahan membunuh teman wanitanya pada Khamis lalu.
Memetik laporan dari Koimoi, kejadian itu berlaku di rumah sewa mangsa yang berusia 32 tahun di Vangaon, Palghar, pada Oktober tahun lalu.
Suspek dipercayai telah menyembunyikan mayat mangsa di dalam ruang atas bilik mandi yang kemudiannya disimen bagi mengelakkan bau busuk.
Difahamkan pada hari kejadian, suspek telah keluar bersama mangsa untuk membeli belah sebagai persiapan bagi majlis perkahwinan mereka.
Walau bagaimanapun, keluarga mangsa mendapati mangsa tidak pulang ke rumah dan tidak menjawab panggilan daripada mereka.
Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku bersalah atas jenayah yang dilakukan kerana tidak mahu mengahwini mangsa dan membunuhnya setelah mangsa memaksanya untuk berkahwin.
Malah untuk menutup jenayah yang dilakukan, suspek teruskan membayar kos sewaan rumah itu dan sering mengunjunginya bagi memastikan tiada bau busuk.
Apa yang mengejutkan, suspek mendedahkan bahawa dia telah mendapat inspirasi untuk melakukan jenayah itu dari babak terakhir filem "Drishyam", lakonan bintang Bollywood Ajay Devgn dan Tabu.
Filem arahan Nishikant Kamat itu mengisahkan Vijay Salgaonkar (Ajay) yang berdepan konflik setelah isteri dan anak perempuannya membunuh seorang individu tanpa sengaja kerana ingin mempertahankan diri dari ganggual seksual.
Mangsa merupakan anak kepada seorang pegawai polis (Tabu). Vijay dan keluarganya cuba membuktikan kepada pihak polis bahawa mereka tidak bersalah dengan pelbagai cara.
Pada penghujung filem, mayat mangsa tidak dijumpai kerana Vijay telah menyembunyikannya di sebuah balai polis dalam pembinaan di kawasan kediamannya.
(Sumber foto: iMDB)
Public Anonymous User
Tue Jan 19 2021


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!