Kematian bintang Bollywood Sushant Singh Rajput telah mendapat liputan meluas bukan sahaja di India tetapi juga di serata dunia apabila ramai figura dan peminat meluahkan rasa sedih mereka terhadap pemergian pelakon berbakat itu.

Ramai memberi 'tribute' buat pelakon itu, namun peminat Sushant di Indonesia mengambil pendekatan 'next level' apabila memberi 'tribute' dengan menyiarkan kli video lagu 'Kaun Tujhe' daripada filem "MS Dhoni: The Untold Story" di skrin gergasi.

Olahraga pagi tau2 disetel lagu Kaun Tujhe dari film MS Dhonny, auto ?...

A post shared by InfoBollywoodIndonesia (@infobollywoodindonesia) on

Selain itu, Sushant yang diketahui merupakan seorang yang sangat meminati dunia astronomi turut mendapat perhatian daripada Universiti Antarabangsa Perancis yang turut memberi 'tribute' kepada aktor itu.

Pada Ahad lalu dunia Bollywood dikejutkan dengan kematian Sushant yang ditemui mati di kediaman miliknya akibat bunuh diri kerana dilaporkan mengalami kemurungan dan tekanan hidup selama lebih enam bulan.

Kematian Sushant juga telah membuka mata dunia terhadap sisi gelap industri perfileman Bollywood yang mengamalkan nepostisme sekaligus menganaktirikan pendatang baru yang bukan berlatar belakang daripada keluarga seni.

(Sumber: indiatimes)