Pendedahan yang dibuat oleh Aayush Sharma, adik ipar kepada bintang Bollywood Salman Khan, di media sosial tentang filem terbaru Salman "Antim: The Final Truth" membuatkan para peminat tidak senang duduk.

Apa yang berjaya mencuri perhatian peminat adalah penampilan baru Salman sebagai watak seorang anggota polis Sikh dalam filem itu, lengkap dengan turban dan jambang.

Pendedahan itu telah dikongsi menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram milik Aayush, menampilkan Salman sedang berjalan dalam gerak perlahan menuju ke set penggambaran.

A post shared by Aayush Sharma (@aaysharma)

Menurut laporan dari Miss Malini, sesi penggambaran filem itu berlangsung sejak 6 Disember lalu di studio Film City yang terletak di Mumbai, dan dijangka tamat pada pertengahan Januari tahun hadapan.

Diarahkan oleh Mahesh Manjrekar, "Antim: The Final Truth" merupakan 'remake' kepada filem Marathi "Mulshi Pattern" dalam versi Hindi.

Filem itu bakal ditayangkan dalam bahasa Hindi, Tamil, Telugu, Kannada dan Oriya.

Dalam perkembangan lain, Salman akan kembali dalam dua lagi filem barunya iaitu "Radhe: Your Most Wanted Bhai" dan "Kick 2".

(Sumber foto: Aayush Sharma Instagram)