Pendandan rambut selebriti Sapna Bhavnani yang meratapi pemergian aktor Bollywood Sushant Singh Rajput mendedahkan ujian hidup yang dihadapi aktor tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh The Quint, Sapna telah memuat naik foto dirinya bersama Sushant dan atlet kriket MS Dhoni di Instagram sebagai 'tribute' untuk aktor filem "PK" itu.

Buat pengetahuan lanjut, Sushant pernah membintangi filem biopik sukan "M.S. Dhoni: The Untold Story" arahan Neeraj Pandey, yang mana dia membawa watak utama sebagai MS Dhoni.

"Ia bukanlah satu rahsia bahawa Sushant berdepan ujian hidup yang berat sejak beberapa tahun lalu. Tiada siapa pun dalam industri yang menyokong mahupun membantu dia.

"Memuat naik perkongsian mengenainya pada hari ini membuktikan bahawa betapa ceteknya industri ini sebenarnya. Tiada siapa pun di sini adalah kawan awak. RIP," tulis Sapna di ruangan kapsyen.

It's no secret Sushant was going through very tough times for the last few years. No one in the industry stood up for him nor did they lend a helping hand. To post about him today is the biggest display of how shallow the industry really is. No one here is your friend. RIP ✨

A post shared by ?????? ?? ???? (@sapnamotibhavnani) on

Menurut laporan awal, pihak polis mengesahkan kematian Sushant sebagai mati bunuh diri, walau bagaimanapun tiada sebarang nota bunuh diri ditemui di kediamannya.

Seperti yang dimaklumkan, Sushant mengalami kemurungan sejak enam bulan lalu akibat tekanan hidup dan sedang menjalani rawatan sebelum dia ditemui meninggal dunia di kediamannya Ahad lalu.

Kematian Sushant membangkitkan kesedaran ramai terutamanya warganet yang bersuara supaya semua pihak tidak ambil mudah tentang isu kemurungan dan kesihatan mental.

(Sumber: The Quint & Sapna Bhavnani Instagram)
(Sumber foto: eShe & Gulf News)