Isu wabak berbahaya COVID-19 bukan sahaja menjejaskan ekonomi dunia, malah dunia seni juga terjejas akibat daripada wabak berbahaya ini apabila penerbit dan pelakon terkenal Salman Khan terpaksa membatalkan penggambaran filem aksi terbarunya berjudul "Radhe – Your Most Wanted Bhai".
Menurut laporan dari Bollywood Hungama, pihak produksi filem itu kini sedang sibuk menghabiskan penggambaran bagaimanapun terpaksa membatalkan dua lokasi penggambaran iaitu di Thailand dan Azerbaijan.
Mengikut jadual asal, Salman dan heroin utama filem itu iaitu Disha Patani dijadualkan akan melakukan penggambaran untuk sebuah lagu di sana, namun terpaksa membatalkannya di saat-saat akhir.
Susulan itu, pihak produksi kini sedang memikirkan lokasi lain berikutan membawa ramai kru ke negara lain ketika larangan ke luar negara dikeluarkan sesuatu yang tidak masuk akal.
Filem "Radhe – Your Most Wanted Bhai" dikatakan bakal menemui penonton pada 22 Mei depan ini diarahkan oleh Prabhu Dheva.
Selain Salman dan Disha, ia turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Jackie Shroff, Arjun Kanungo dan ramai lagi.
(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Bollywood Hungama)
Public Anonymous User
Mon Mar 09 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!