Berikutan kes dadah yang membabitkan ramai bintang terkenal Bollywood yang kini disiasat oleh pihak NCB (Narcotics Control Bureau) India, nama pengurus aktres terkenal Deepika Padukoneiaitu Karishma Prakash juga kini berada dalam senarai NCB yang mana aktres itu akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Bagaimanapun menurut laporan dari Bollywoodhungama, Karishma telah memohon pengecualian atau penangguhan siasatan sehingga 25 September atas sebab masalah kesihatan.
Selain Karishma dan Deepika, antara pelakon terkenal lain yang bakal dipanggil untuk membantu siasatan adalah Shraddha Kapoor, Sara Ali Khan, Rakul Preet Singh, pereka fesyen Simone Khambatta dan beberapa lagi yang akan didedahkan dalam masa terdekat ini.
Karishma dipanggil untuk disiasat berpunca daripada perbualannya di WhatsApp bocor.
Untuk rekod, kes pengilbatan dadah dalam industri Bollywood mula timbul selepas kematian aktor Sushant Singh Rajput yang meninggal dunia akibat bunuh diri pada 14 Jun lalu.
Sementara itu, bekas teman wanita aktor itu iaitu Rhea Chakraborty yang terpalit dengan kes dadah kini berada di Penjara Byculla, Mumbai.
(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: SheThePeople.TV)
Public Anonymous User
Thu Sep 24 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!