Setiap minggu, seorang peserta akan disingkirkan dan dalam sedutan video “Weekend Ka Vaar” yang dikongsi menerusi laman Instagram Colors TV, kelihatan dua pasangan peserta berada di kawasan laman studio “Bigg Boss 14”.
Walaupun nama peserta yang tersingkir belum didedahkan lagi, namun Rubina Dilaik, Abhinav Shukla, Aly Goni dan Jasmin Bhasin telah menjadi calon peserta yang bakal tersingkir susulan mendapat undian terendah.
Kedua-dua pasangan itu dilihat berpelukan sambil mengalirkan air mata dan mengucapkan selamat tinggal, sementara para peserta lain dan Salman selaku pengacara juga tidak dapat menahan sebak melihat situasi penuh emosi berkenaan.
Memetik laporan dari Times of India, episod itu akan turut menyaksikan Salman memasuki rumah “Bigg Boss 14”, serta membersihkan katil milik Rakhi Sawant selepas Nikki Tamboli enggan berbuat demikian.
Terdahulu, “Bigg Boss 14” kecoh apabila Jasmin Bhasin dilihat berperang mulut dengan Rakhi Sawant gara-gara isu kecil sehingga mereka bertengkar dan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar.
(Sumber foto: Colors TV Instagram)