Penantian para peminat untuk melihat pasangan romantik Bollywood Ali Fazal dan Richa Chadha melangsungkan perkahwinan terganggu apabila mereka terpaksa menunda majlis akibat pandemik COVID-19.
Baru-baru ini, pasangan yang pernah berkongsi skrin dalam filem "Fukrey" itu mengumumkan mereka bakal berkahwin pada April di Mumbai dan Delhi.
"Kebanyakan jemputan mereka merupakan selebriti dan bintang-bintang filem yang akan terbang dari Amerika Syarikat dan Eropah.
"Malah harapan pasangan itu untuk mengadakan sebuah lagi majlis di Delhi terbatal akibat perintah berkurung di sana.
"Jadi mereka akhirnya membuat keputusan terbaik iaitu menunda perkahwinan mereka ke tarikh baru tahun ini," dedah satu sumber menerusi laporan Hindustan Times.
Pada asalnya, mereka telah menetapkan tarikh perkahwinan antara bulan Jun dan Julai, namun atas komitmen kerja yang padat, mereka bercadang untuk melangsungkannya lebih awal.
Segala butiran mengenai tarikh baru perkahwinan mereka bakal diumumkan kelak.
Buat pengetahuan lanjut, Ali dan Richa pernah berkongsi skrin dalam menjayakan filem komedi "Fukrey" (2013) terbitan Farhan Akhtar dan Ritesh Sidhwani.
Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.
(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Bollywood Mantra)
Public Anonymous User
Wed Mar 18 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!