Memetik laporan dari Times of India, polis telah menerima aduan daripada Ameesha pada Isnin, selepas aktres itu mendedahkan dia menerima mesej pelanggaran hak cipta daripada Instagram.Ameesha kemudiannya menyedari akaunnya tidak boleh dibuka setelah dia menekan pautan yang ada pada mesej berkenaan.
“Penggodam itu telah menyekat akaun milik Ameesha dan memadam segala kandungannya. Walau bagaimanapun, kami telah menghubungi Instagram dan mereka membantu menghidupkan kembali akaun itu bersama semua kandungannya.
“Pancingan data itu telah dihantar dari satu URL Belanda, manakala alamat IP-nya terletak di Turki. Aktor Sharad Kelkar juga pernah berdepan situasi sama dan kami berjaya mendapatkan akaunnya kembali,” ujar seorang pegawai.
Sehubungan dengan itu, Ameesha turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang membantunya menyelesaikan perkara itu menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.Maharashtra Cyber helped actress Amisha Patel recover her Instagram account which was hacked through a phishing attack. pic.twitter.com/FJnH2OR8rA
— ANI (@ANI) January 5, 2021
“Instagram saya telah digodam Ahad lalu, namun terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Anil Deshmukh, Maharashtra Cyber, pegawai IPS Yashasvi Singh dan dibantu oleh sub inspektor Sandip Patilji, akaun saya dapat dikembalikan semula dalam tempoh singkat.
“Jadi saya ingin berterima kasih kepada semua pihak kerana membantu saya,” kata bintang filem “Kaho Naa... Pyaar Hai” itu.
Buat makluman lanjut, ini bukanlah kali pertama perkara ini berlaku dalam kalangan selebriti Bollywood kerana terdahulu, Urmila Matondkar, Sussanne Khan, Neil Nitin Mukesh dan Farah Khan turut berdepan jenayah yang sama.
(Sumber foto: FHM India)