Aktres Priyanka Chopra terus mengukuhkan namanya di Hollywood apabila dia dilaporkan bakal terlibat dalam salah sebuah filem francais paling berjaya sepanjang zaman iaitu "Matrix".

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, aktres itu dikatakan sudah menandatangani kontrak untuk filem "Matrix 4" yang akan diterbitkan oleh Warner Bros dan Village Roadshow.

Selain Priyanka, filem terbaru arahan Lana Wachowski ini akan turut menyaksikan pelakon seperti Keanu Reeves, Yahya Abdul-Mateen II, Carrie-Anne Moss dan Neil Patrick Harris kembali menghidupkan watak asal mereka.

Filem "Matrix 4" dijadualkan akan ditayangkan pada 21 Mei 2021, iaitu pada hari sama dengan tayangan sebuah lagi filem lakonan Keanu iaitu "John Wick 4".

Sementara itu, selain "Matrix 4", Priyanka juga mempunyai beberapa projek terbaru sepanjang tahun 2020 termasuk dua filem Netflix berjudul "The White Tiger" dan "We Can Be Heroes".

Dia juga bakal bergandingan dengan Richard Madden dalam siri Amazon berjudul "Citadel" arahan Russo.

Priyanka turut akan bekerjasama dengan Mindy Kaling dalam sebuah filem perkahwinan, sebuah biopik Ma Anand Sheela, dan siri rancangan realiti Amazon bersama suaminya Nick Jonas.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: footwearnews)