Susulan Perintah Berkurung yang dilaksanakan di bandar Los Angeles, California, selebriti terkenal Priyanka Chopra Jonas bertindak membantu golongan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan pembelajaran secara virtual.
Menurut kenyataan yang dikongsikan oleh Priyanka menerusi video yang dimuat naik menerusi Twitter dan Instagram miliknya, dia akan menjalin kerjasama dengan syarikat JBL untuk menyumbang fon kepala bagi kegunaan kelas virtual mereka.
"Dalam krisis yang berlaku sekarang ini, ianya amat penting untuk orang ramai bersatu sebagai satu komuniti dan membantu apa yang termampu. Pendidikan merupakan keutamaan pada saya.
"Saya akan bekerjasama dengan rakan kongsi saya di JBL untuk menyediakan fon kepala kepada semua kanak-kanak di Los Angeles yang kini sedang menyesuaikan diri mereka dengan kelas-kelas virtual," katanya dalam video tersebut.
Dalam perkembangan lain, Priyanka juga telah menyalurkan sumbangan sebanyak USD 100,000 (RM432,190) kepada kepada empat orang wanita yang membantu golongan memerlukan dalam tempoh krisis COVID-19 ini.
Untuk itu, Priyanka telah bekerjasama dengan syarikat jenama BON V!V Spiked Seltzer serta orang ramai bagi mencalonkan beberapa perwira wanita yang berkorban masa dan tenaga mereka sepanjang krisis berlaku.
Perkongsian itu telah dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya berserta ucapan penghargaan buat orang ramai serta khas buat empat wanita tersebut iaitu Emily, Jo, Jaya dan Jenny.
Dalam usaha membantu golongan memerlukan dalam krisis ini juga, sebelumnya Priyanka dan suami Nick Jonas telah menderma kepada beberapa badan pertubuhan seperti Dana PM-CARES, Goonj dan Feeding America.
(Sumber: Priyanka Chopra Twitter & Instagram)
(Sumber foto: Gethu Cinema)
Public Anonymous User
Mon Apr 13 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!