Dunia digemparkan dengan isu rasisme atau perkauman yang sedang berlaku di Amerika Syarikat dan selebriti-selebriti terkenal di seluruh dunia tampil bersuara mengenai perkara itu termasuk bintang Bollywood Priyanka Chopra dan Disha Patani.
Seperti yang dilihat menerusi media sosial, Priyanka dan Disha tidak ketinggalan untuk memuat naik entri yang meminta rusuhan di Amerika Syarikat dihentikan dan warna kulit bukan penyebab untuk membunuh seperti apa yang berlaku kepada George Floyd.
- Disha Patani (@DishPatani) May 30, 2020
Walau bagaimanapun, entri itu menerima banyak kecaman pengguna media sosial, terutamanya di Twitter, apabila mereka mengatakan Priyanka dan Disha bersikap hipokrit.
Ia susulan kedua-duanya pernah menjadi duta kepada jenama produk pencerahan kulit, menyebabkan para pengguna Twitter berpendapat mereka tidak sesuai untuk bercakap mengenai #BlackLivesMatter.
"Pee Cee, yang tampil dalam iklan krim pencerahan kulit di India, kini sedang berprotes mengenai isu rasisme di Amerika Syarikat," tulis pengguna Twitter, Uzair Hasan Rizvi.
"Orang yang menggunakan dan mengesyorkan krim pencerahan kulit tetapi turut menentang isu rasisme adalah hipokrit," tulis seorang lagi pengguna media sosial itu.
(Sumber: Priyanka Chopra Instagram & Disha Patani Twitter)
(Sumber foto: Hawtcelebs & Cinejosh)