Aktor dan model Priyanshu Painyuli telah dipilih untuk bergandingan dengan aktres Taapsee Pannu dalam menjayakan filem sukan terbaru "Rashmi Rocket".

Menerusi filem arahan Akarsh Khurana itu, Priyanshu bakal menggalas watak suami kepada Taapsee, yang membawa watak atlet larian Gujarat berasal dari Kutch.

Menurut laporan dari Mumbai Mirror, Priyanshu menerima tawaran untuk membintangi "Rashmi Rocket" selepas projek filem adaptasi novel "Midnight's Children" arahan Vishal Bharadwaj ditangguhkan buat sementara waktu.

"Tarikh penggambaran untuk filem itu telah ditetapkan tetapi ia ditangguhkan. Nasib saya baik apabila Akarsh menawarkan watak ini kepada saya dan saya terus bersetuju.

"Saya dan Akarsh sudah lama berkawan tetapi bukan itu sahaja sebab mengapa saya memilih filem ini. Watak yang saya dapat adalah seorang anggota tentera.

"Bapa saya adalah pesara tentera dan dia pernah terdetik dalam hati saya untuk menyertai tentera sebelum saya menceburi bidang lakonan," ujarnya.

Berikutan penularan pandemik COVID-19, sesi penggambaran terpaksa dihentikan sementara, dan produksi merancang untuk memulakan penggambaran pada April.

Dalam perkembangan lain, Priyanshu juga membintangi filem Netfix berjudul "Extraction", yang mana dia dilihat berkongsi skrin dengan bintang Hollywood terkenal Chris Hemsworth.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Bhaskar Live)