Selepas menjayakan "Sooryavanshi", aktres Katrina Kaif dilaporkan bakal membintangi sebuah filem baru arahan Vikas Bahl yang akan menggandingkannya bersama bintang veteran Amitabh Bachchan.
Menurut laporan Mumbai Mirror, produksi filem komedi kekeluargaan yang diberi judul sementara "Deadly" itu dijangka akan bermula selepas situasi pandemik COVID-19 berada dalam keadaan terkawal.
"Vikas dan Katrina telah berbincang mengenai watak bapa lakonan Amitabh Bachchan yang tertarik untuk terlibat dalam filem ini. Walau bagaimanapun, Bachchan masih belum menandatangani kontrak secara rasmi.
"Filem ini sepatutnya bermula pada Mei tetapi berikutan kebimbangan terhadap penularan novel Coronavirus di seluruh dunia, pembikin filem sedang menunggu sehingga keadaan terkawal sebelum memulakan peninjauan lokasi.
"Katrina menyukai tema filem ini, yang mengisahkan perjalanan peneraju utama dalam mencari diri sendiri dan diselitkan dengan situasi melucukan. Katrina akan terlibat dengan sesi membaca skrip dengan tujuan untuk lebih memahami wataknya," dedah satu sumber.
Dalam pada itu, Katrina turut merancang untuk keluar dari zon selesa dan menerokai genre-genre filem baru demi memperkembangkan fasa kariernya yang terkini.
Beralih ke perkembangan lain, di samping menantikan tayangan "Sooryavanshi", Katrina juga akan terlibat dengan projek filem komedi seram bersama Ishaan Khatter dan Ananya Panday berjudul "Phone Bhoot".
(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Vogue India & Bollywood Hungama)
Public Anonymous User
Thu Apr 02 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!