Hujung tahun lalu, aktor Varun Dhawan dilaporkan akan kembali bekerjasama dengan pengarah Shashank Khaitan buat kali ketiga bagi filem komedi thriller terbaru "Mr. Lele".
Walau bagaimanapun, menurut laporan Bangalore Mirror, projek filem itu kini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu susulan Varun terikat dengan jadual padat bagi projek filem lain.
Pada asalnya, sesi penggambaran dijadualkan untuk berlangsung pada bulan ini dan akan dijalankan di Mumbai.
"Shashank telah memulakan proses pra-produksi, tetapi kebanyakan tarikh bagi jadual para pelakon telah berlanggar. Pihak produksi akan memikirkan rancangan lain bagi filem ini kelak," dedah satu sumber.
Menerusi filem itu, Varun sepatutnya digandingkan dengan Kiara Advani, sebelum aktres itu terpaksa mengundur diri kerana isu pelanggaran tarikh dan diganti dengan Janhvi Kapoor.
Dalam perkembangan lain, Varun yang baru-baru ini membintangi filem "Street Dancer 3D" arahan Remo D'Souza, akan bergandingan dengan Sara Ali Khan dalam filem "Coolie No. 1".
(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Tamil Scrap)
Public Anonymous User
Thu Apr 02 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!