Episod terbaru program popular "Bigg Boss 14" bakal menyaksikan kontroversi apabila setiap peserta telah diberi tugasan untuk mendedahkan rahsia terbesar dalam hidup mereka bagi merebut peluang imuniti.
Lebih mengejutkan, aktres Rubina Dilaik akan mendedahkan rahsia tentang hubungan rumah tangganya yang tegang bersama Abhinav Shukla, seperti yang dilihat menerusi video promosi di laman Instagram Colors TV.
"Kami telah diberi tempoh sehingga November. Kami bakal memfailkan penceraian. Jika kami tidak menyertai program ini bersama-sama, mungkin kami tidak akan dilihat bersama," kata Rubina.
Dalam video itu, jelas terpapar wajah sayu aktres drama "Shakti - Astitva Ke Ehsaas Ki" itu yang ternyata tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan pergolakan rumah tangganya.
Begitu juga dengan Abhinav yang gusar memikirkan reaksi kedua-dua belah keluarga yang bakal mengetahui masalah rumah tangga mereka menerusi program tersebut.
Mungkin ramai peminat yang tertanya-tanya apakah kisah di sebalik pergolakan pasangan selebriti yang sudah dua tahun berkahwin ini serta rahsia-rahsia peserta "Bigg Boss 14" yang lain.
Jadi nantikan episod terbaru "Bigg Boss 14" yang akan disiarkan di Astro Colors Hindi (saluran 116) jam 9 malam ini!
(Sumber foto: Peeping Moon)
Public Anonymous User
Wed Dec 02 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!