Biarpun sibuk dengan kerjaya lakonannya, namun aktor terkenal Akshay Kumar bakal berkolaborasi dengan penerbit Vikram Malhotra untuk menerbitkan sebuah filem 'remake' Telegu "Bhaagamathie".

"Akshay Kumar akan berkolaborasi dengan penerbit Vikram Malhotra untuk 'remake' Hindi "Bhaagamathie". Ia akan dibintangi oleh R. Madhavan dan Bhumi Pednekar sebagai peneraju.

"Pengarah G Ashok yang merupakan pengarah asal "Bhaagamathie" diberi tanggungjawab untuk menggarap 'remake' ini," ujar satu sumber yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Terdahulu filem "Bhaagamathie" Telugu dibintangi oleh bintang "Baahubali" iaitu Anushka Shetty.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut mendedahkan bahawa Akshay akan turut membuat cameo dalam filem itu.

Penggambaran filem itu dijangka akan memulakan penggambaran awal Disember ini.

"Bhaagamathie" sebuah filem yang berkisarkan mengenai pegawai wanita IAS, Chanchala Reddy yang terperangkap dalam rumah berhantu.

Selain menerbitkan filem, Akshay Kumar juga baru sahaja mengumumkan projek terbarunya iaitu "Bell Bottom" dengan berkolaborasi dengan Nikkhil Advani.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Bollywood Hungama)