2020 bakal melabuhkan tirainya lebih kurang seminggu sahaja lagi dan Astro Colors Hindi bakal menyajikan anda dengan dua filem Bollywood menarik bersempena dengan sambutan Tahun Baru.

Santai bersama keluarga dengan tayangan "Awara Paagal Deewana" pada 31 Disember, jam 2:00 petang. Filem komedi arahan Vikram Bhatt ini menampilkan bintang-bintang Bollywood popular seperti Paresh Rawal, Suniel Shetty, Akshay Kumar dan Johnny Lever.

Filem ini mengisahkan seorang doktor gigi yang mendapati dirinya bukan sahaja berdepan konflik dengan isterinya yang kuat mengawal, tetapi juga masalah yang lebih besar apabila dia terjebak dalam dunia mafia.

Sedikit butiran, "Awara Paagal Deewana" merupakan filem 'multi-starrer' pertama Vikram Bhatt, yang terkenal membikin filem-filem bajet rendah pada awal tahun 2000. Lakonan Paresh Rawal dalam filem ini juga berjaya memberi impak besar dalam kalangan penonton.


Pada jam 10:00 malam pula, jangan terlepas untuk menonton filem aksi berkonsepkan 'Mixed Martial Art' (MMA) arahan Karan Malhotra, yang merupakan 'remake' dari filem Hollywood "Warrior" lakonan Tom Hardy dan Joel Edgerton.

Watak utama dalam 'remake' versi Hindi ini dijayakan oleh bintang popular Akshay Kumar dan Sidharth Malhotra, dibantu oleh pelakon sampingan Jacqueline Fernandez, Jackie Shroff dan Shefali Shah.

Filem ini mengisahkan dua beradik tiri yang berlatih untuk menjadi atlet MMA profesional. Hubungan mereka semakin tegang apabila kedua-duanya terpaksa menjadi lawan dalam pusingan terakhir kejohanan MMA.


Jadi, jangan lupa temu janji anda dengan bintang-bintang Bollywood kesayangan anda menjelang tahun baru ini dengan seleksi filem-filem terbaik dari Astro Colors Hindi (saluran 116)! Selamat menonton!