Setelah mengesahkan pembabitannya dalam bidang politik, bintang filem terkenal Rajinikanth berangkat ke Bengaluru untuk bertemu dan meminta restu daripada abangnya Sathyanarayana Rao.
Berita berkenaan mula menjadi buah mulut ramai apabila foto Rajinikanth dan Sathyanarayana tular di media sosial pada Isnin.
Menerusi foto yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, aktor filem "Darbar" itu dilihat memberi tunduk hormat kepada abangnya sebagai tanda meminta restu.
Actor Rajinikanth reached Bengaluru Yesterday and took blessings from his brother Satyanarayana Rao ahead of his political journey. @IndianExpress pic.twitter.com/tdiz89dnvM
- Janardhan Koushik (@koushiktweets) December 7, 2020
Memetik laporan dari Filmfare, Rajinikanth telah meluangkan masa bersama abangnya untuk berbincang lebih lanjut mengenai dunia politik.
Seperti yang diumumkan oleh Rajinikanth, parti politiknya akan ditubuhkan pada Januari 2021 dan butiran lanjut mengenai parti itu akan dimaklumkan pada 31 Disember ini.
Dalam perkembangan lain, Rajinikanth sedang terlibat dengan penggambaran filem terbarunya "Annathe" arahan Siruthai Siva yang akan ditayangkan pada 2021.
(Sumber foto: Janardhan Koushik Twitter)