Dalam pada pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes kematian aktor Bollywood Sushant Singh Rajput, salah seorang rakannya tampil mendedahkan perbualan terakhir mereka.
Menurut laporan dari Bollywood Life, rakannya memberitahu Sushant ada menghubunginya untuk berbincang mengenai kematian bekas pengurusnya, Disha Salian, dan ingin bercakap dengan pihak media.
"Sushant bimbang akan kehidupannya selepas pemergian Disha Salian. Dia yang mengenali Disha sangat terkesan dengan pemergiannya. Dia menganggap kes Jiah Khan dan Disha tiada beza, dan orang ramai akan mencarinya.
"Disha pernah melarangnya untuk hadir ke mana-mana parti, serta memberitahu terdapat lelaki-lelaki berbadan besar di sebuah parti yang dihadirinya. Lelaki-lelaki itu telah mengajak Disha ke rumah mereka," katanya.
Dedah rakan aktor filem "Chhichhore" itu lagi, Sushant pernah menghubungi Disha beberapa hari sebelum kematian wanita itu, dan tidak lama selepas itu, Sushant pula ditemui tidak bernyawa.
Dalam pada itu, rakannya yang mempercayai Disha dan Sushant telah dibunuh, turut memberitahu Sushant sering menyebut nama seorang lagi rakan baiknya iaitu Sandip Singh dalam perbualan mereka.
Sehingga kini masih belum ada kepastian yang tepat berkenaan kes Sushant memandangkan pihak polis masih menjalankan siasatan.
Baru-baru ini, aktres Rhea Chakraborty yang juga teman wanita Sushant telah didakwa mencuri wang di dalam akaun bank aktor itu. Ia susulan bapa Sushant memfailkan kes terhadap aktres itu dengan beberapa tuduhan berat yang lain.
(Sumber: Bollywood Life)
(Sumber foto: Pinkvilla & India.com)
Public Anonymous User
Thu Aug 06 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.