Bintang Bollywood Rakhi Sawant yang sememangnya terkenal dengan kontroversi, membuktikan dia mampu mencuri perhatian ramai peminat selepas menyertai program popular "Bigg Boss 14".

Dengan pelbagai ayat melucukan yang sering keluar dari mulutnya, Rakhi tidak pernah gagal membuatkan para penonton dan peminat tidak kering gusi sepanjang dia terlibat dengan program tersebut.

Jika diperhatikan musim terbaru program itu kurang meraih populariti berbanding tahun-tahun sebelumnya, namun para peserta lama yang kembali menyertainya berjaya membawa aura berbeza.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika nama Rakhi menjadi 'trending' di media sosial dan sentiasa menjadi buah mulut ramai baru-baru ini.

Beralih perhatian ke laman Twitter, ramai peminat yang memuji perwatakan Rakhi yang sentiasa ceria dan pelbagai kerenah hingga membuatkan mereka tertarik untuk terus menonton program itu.











Untuk rekod, Rakhi pernah membintangi beberapa filem Bollywood seperti "Main Hoon Na", "Mumbai Xpress", "Buddha Mar Gaya", "Om", "Dum" dan "Ek Kahani Julie Ki".

Selain berlakon, Rakhi juga aktif dalam bidang pengacaraan, di mana dia sering tampil sebagai pengacara bagi program "Rakhi ka Insaaf" dan "Box Cricket League" musim keempat.

(Sumber foto: Her Zindagi)