Hanya beberapa hari selepas Varun Dhawan dan Neetu Kapoor disahkan positif COVID-19 dan menyambung semula kerja Jug Jugg Jeeyo, pelakon Bollywood lain turut menjadi mangsa virus tersebut. Pada hari Selasa petang, Rakul Preet Singh berkongsi di laman instagramnya bahawa dia juga telah disahkan positif. Dia terbang ke Hyderabad minggu lalu untuk mulakan pengambaran filem arahan Ajay Devgn, bertajuk 'Mayday'.



Satu sumber mendedahkan bahawa Singh disahkan positif pada hari Sabtu, dan segera memaklumksan mereka yang mempunyai kontak rapat dengannya. "Rakul menghabiskan sebahagian besar minggu lalu melakukan latihan di rumahnya di Jubilee Hills, dan belum melaporkan diri ke lokasi lakonan. Dia akan memulakan penggambaran minggu ini. Syukurlah, interaksinya dengan Ajay dan kru sangat minima. Walaupun begitu, Ajay dan semua yang berkerja dengannya segera diuji, "kata sumber itu. Difahamkan, pelakon-pengarah menghentikan shooting pada hari Sabtu, sehingga mereka semua mendapat kelulusan negatif.

(Sumber Foto: Infotonline)