Pada pagi Selasa, Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt dilihat di Lapangan Terbang Mumbai yang berlepas ke Jaipur bersama ibu RK, Neetu Singh. Tidak lama selepas itu, Ranveer Singh dan Deepika Padukone juga kelihatan pergi ke Pink City dan beberapa jam kemudian, pengarah Brahmastra, Ayan Mukerjee juga kelihatan di sana. Walaupun semua kemungkinan pada awalnya membuat dugaan bahawa pasukan berada di Kota Pink untuk pengambaran filem 'Brahmastra', namun, Bollywood Hungama telah mendengar beberapa gosip industri yang menyatakan bahawa Mahesh Bhatt, Riddhima Kapoor dan Adar Jain juga berada di Ranthambore dan Karan Johar, yang berada di Goa pada masa ini, dijangka akan ke bandar tersebut dengan penerbangan awal pagi.

1.png

Alia Bhatt ditemani Ranbir Kapoor dan keluarganya di lapangan terbang sebelum bertolak.

"Mereka semua sedang tinggal bersama di Aman Hotel di Ranthambore. Pada mulanya, kami semua menganggap percutian itu untuk meraikan Tahun Baru, tetapi dengan kehadiran penuh rakan karib Alia dan RK, kami terpaksa berfikir jika mereka bertunang hari ini. Kami mendengar dari seseorang bahawa majlis pertunangan tertutup mungkin berlangsung di hotel hari ini, "berikut adalah salah satu perbualan daripada kebanyakan desas desus yang sedang diperkatakan. "Mengapa keluarga dan rakan-rakan terbang bersama dan tinggal di satu lokasi? Jelas bahawa ada ritual yang berlaku di belakang pintu," kata seorang veteran industri lain.

Apa-apapun jika mereka benar akan bertunang hari ini, kami menyampaikan harapan baik kepada pasangan ini dan berharap mereka akan ke jinjang pelamin tidak lama lagi.

(Sumber Foto: Hindustan Times, Gulf News)